• Kata Aluan Komandan

  • VISI & MISI

    • VISI

      Melahirkan Pegawai Simpanan Tentera Darat yang kompeten, professional dan berintelektual untuk memenuhi aspirasi pertahanan Negara

    • MISI

      Melatih mahasiswa secara holistik dalam ilmu ketenteraan, selari dengan visi dan misi Universiti Awam

  • Sejarah Penubuhan PALAPES

    Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 18 buah IPTA dan 1 IPTS.

  • Sejarah PALAPES UTHM

    Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (PALAPES UTHM) telah ditubuhkan pada 01 Oktober 2003. Sebelum ini, PALAPES UTHM dikenali dengan nama Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (PALAPES KUiTTHO). Tanggal 01 Februari 2007 membuka lembaran baru kepada PALAPES KUiTTHO kerana telah dikenali dengan nama PALAPES UTHM sejajar dengan penukaran nama KUiTTHO kepada UTHM seperti yang diumumkan oleh Datuk Mustapha bin Mohamed, Menteri Pengajian tinggi pada masa itu.

    Secara rasminya, PALAPES UTHM telah dirasmikan pada 09 September 2006 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, merangkap Tunku Canselor UTHM pada ketika itu. Pada awal penubuhannya, lokasi PALAPES UTHM terletak di dalam kawasan kampus induk UTHM, iaitu di penempatan kabin sementara. Pada tahun 2005, Markas PALAPES telahpun berpindah ke lokasi sekarang bersebelahan dengan Pusat Kajian Tanah Lembut UTHM.

    PALAPES UTHM diterajui oleh Kol (Kehormat) Prof. Dato, Dr. Hj Ismail bin Hj Bakar iaitu Naib Canselor UTHM merangkap Komandan PALAPES pertama dan Lt Kol (K) Prof Ismail bin Hassan sebagai Timbalan Komandan Lt Kol (K) Prof Ismail bin Hassan telah pun bersara pada bulan Mei 2008 dan digantikan dengan YBhg Lt Kol (K) Prof Hashim bin Saim (Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Pengantarabangsaan). Pada tahun 2009, Kol (K) Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin dilantik sebagai Komandan PALAPES UTHM dan bersara pada bulan Okt 2016. Kol (K) Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin merupakan Naib Canselor yang paling lama menerajui PALAPES UTHM. Kol (K) Prof. Dr. Wahid Razzaly merangkap Naib Canselor baru dilantik pada bulan Mac 2017 menjadi Komandan PALAPES sehingga kini.

    Jawatan Ketua Jurulatih PALAPES UTHM kini disandang oleh Mej Hanafi bin Mohd Yatim. Lokasi PALAPES UTHM adalah di Parit Raja, Batu Pahat, Johor iaitu 20 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan 35 kilometer dari Bandai Kluang.

  • Senarai Pemerintah