Latihan ini merupakan kemuncak bagi kesemua latihan yang dijalankan setiap tahun. Dalam latihan ini, semua Pegawai Kadet akan diuji dari segi teori dan praktikal di atas apa juga pelajaran yang telah dipelajari. Penilaian seragam akan dilaksanakan terhadap semua Pegawai Kadet di semua PALAPES IPTA. Semua Kadet dikehendaki mengikut latihan berdasarkan latihan peringkat masing-masing. Rancangan penilaian dan  aktiviti latihan yang seragam bagi semua PALAPES IPTA adalah seperti yang ditetapkan oleh pasukan penilaian yang dikehendaki oleh Markas Latihan Tentera Darat.