Semua mata pelajaran berdasarkan peringkat masing-masing diajar semasa Latihan Tempatan. Hari latihan yang dirancangkan adalah pada hari Jumaat dan Sabtu atau hari Ko-kurikulum IPTA bagi mencapai kehadiran yang maksimum. Bagi membolehkan catuan percuma diberi, latihan yang dijalankan tidak kurang dari 10 jam dan permohonan latihan/kewangan dimajukan mengikut prosedur yang ditetapkan.