CARIAN

MAKLUMBALAS :

Adakah Anda Berminat Untuk Menyertai PALAPES UTHM?
 

PALAPES UTHM :

ucitv_dsc_8143.jpg

HUBUNGI KAMI :

PALAPES UTHM

07-4546715

palapes1@uthm.edu.my

PENAFIAN :

© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday68
mod_vvisit_counterNo75
mod_vvisit_counterThis week143
mod_vvisit_counterNo505
mod_vvisit_counterThis month1898
mod_vvisit_counterNo3188
mod_vvisit_counterAll days933946

We have: 22 guests online
No: 54.81.6.121
 , 
Today: Oct 24, 2017
Sejarah Penubuhan PALAPES IPTA PDF Print E-mail
Sunday, 22 November 2009 17:50

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PALAPES

PALAPES adalah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserve Officer Training Unit). Penubuhan PALAPES mula diusahakan oleh Brig Jen Dato’ Abul ‘As bin Ismail, Pengarah Askar Wataniah dalam tahun 1979. Sebenarnya sumbangan mahasiswa dalam pertahanan negara  bermula sejak tahun 1965 lagi. Ketika konfrontasi Malaysia – Indonesia, Universiti Malaya telah menubuhkan Batalion Infantri Askar Wataniah Universiti Malaya (Bn Inf AW UM) pada April 1965 bagi menyahut seruan mempertahankan negara dari ancaman luar. Apabila meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, mahasiswa tampil mempertahankan negara dengan penubuhan Bn Inf AW Institut Teknologi Mara (ITM kini UiTM).

PALAPES telah ditubuhkan secara rasmi di 9 buah IPTA. Penubuhan PALAPES adalah berasaskan  kepada peruntukan  perundangan iaitu Akta Angkatan Tentera 1972 Seksyen 196 yang memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera untuk  menubuhkan  pasukan-pasukan sukarela. Secara rasminya PALAPES di UM, UKM, UPM, USM, UTM dan UiTM ditubuhkan pada tahun 1980, PALAPES UUM pada tahun 1995, PALAPES UMS dan PALAPES UNIMAS pada tahun 1999 dan PALAPES UTHM dan PALAPES UPSI pada tahun  2003.

Penubuhan PALAPES adalah satu rancangan tiga perkhidmatan ATM dengan kerjasama dari semua IPTA. Bagaimanapun, buat masa ini kesemua sembilan PALAPES adalah cawangan PALAPES (Darat) semata-mata kecuali PALAPES USM, PALAPES UTM dan PALAPES UiTM terdapat dua cawangan PALAPES (Darat dan Laut) dan PALAPES UUM terdapat ketiga-tiga Cawangan PALAPES (Darat, Laut dan Udara).

IPTA yang mempunyai  pertubuhan  PALAPES (Darat) adalah seperti berikut:

  1. PALAPES Universiti Malaya (UM).
  2. PALAPES Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM).
  3. PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM).
  4. PALAPES Universiti Sains Malaysia (USM).
  5. PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  6. PALAPES Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM).
  7. PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM).
  8. PALAPES Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  9. PALAPES Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  10. PALAPES Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  11. PALAPES Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 

Last Updated on Thursday, 17 February 2011 12:20
 
RocketTheme Joomla Templates