Asas Penubuhan Print
Thursday, 17 February 2011 12:34

Penubuhan PALAPES di semua IPTA adalah berasaskan kepada:

1. Kesedaran dan kepercayaan bahawa kesemua IPTA dalam negara mempunyai potensi besar sumber tenaga manusia yang berkelulusan akademik yang tinggi dan boleh memberi sumbangan besar terhadap pertahanan dan kedaulatan negara.

2. Berasaskan dengan kelulusan yang ada, individu-individu ini boleh dijadikan pegawai- pegawai yang dinamik dan berdedikasi di dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat jika diberi bimbingan serta latihan yang bersesuaian.

3. Program latihan yang diberikan kepada pelajar-pelajar selain melengkapkan diri sebagai seorang pegawai di dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat, juga membantu IPTA dan negara dalam membentuk warganegara yang mempunyai sahsiah yang sempurna, berdisplin dan mempunyai kerjasama di antara satu sama lain.



Last Updated on Friday, 18 February 2011 12:36