CARIAN

MAKLUMBALAS :

Adakah Anda Berminat Untuk Menyertai PALAPES UTHM?
 

PALAPES UTHM :

ucitv_dsc_8143.jpg

HUBUNGI KAMI :

PALAPES UTHM

07-4546715

palapes1@uthm.edu.my

PENAFIAN :

© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday67
mod_vvisit_counterNo75
mod_vvisit_counterThis week142
mod_vvisit_counterNo505
mod_vvisit_counterThis month1897
mod_vvisit_counterNo3188
mod_vvisit_counterAll days933945

We have: 21 guests online
No: 54.81.6.121
 , 
Today: Oct 24, 2017
Aktiviti Luar PDF Print E-mail
Wednesday, 16 February 2011 16:44

Aktiviti luar merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pegawai kadet PALAPES di luar dari masa latihan. Aktiviti ini adalah aktiviti yang dirancang sendiri oleh pegawai kadet sebagai medium untuk mengeratkan kerjasama di kalangan mereka. Aktiviti luar merangkumi:

Kembara Mahkota Johor (http://www.kembaramahkotajohor.com.my/) Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda. PALAPES UTHM telah diberi kepercayaan oleh pihak univeristi untuk menjadi wakil dalam aktiviti Kembara Mahkota Johor.

Kembara Mahkota Johor '09 Sayong Pinang

Kembara Mahkota Johor (KMJ) '09 di Kampung Sayong Pinang


Kembara Duga adalah aktiviti yang dirancang oleh pegawai kadet bagi mengeratkan hubungan di antara pegawai, staf, dan pegawai kadet. Aktiviti yang biasa dilakukan adalah seperti mendaki, berkayak dan melawat tempat-tempat peninggalan sejarah semasa zaman peperangan. Tujuan utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk merehatkan minda sambil melawat tempat-tempat di sekitar Malaysia.

 

Kawalan kehormat sempena Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. PALAPES telah diberi kepercayaan oleh pihak universiti untuk mengadakan kawad kehormat sempana majlis perasmian Konvokesyen Universiti pada setiap tahun. Kawad kehormat dilakukan di hadapan Canselor universiti, DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Kawalan Kehormat sempena perasmian Konvokesyen UTHM


Perarakan konvokesyen. Pada setiap tahun bersempena dengan dengan pesta konvo UTHM. Perarakan ini diadakan di Dataran Batu Pahat.

 


Perarakan Konvokesyen di Dataran Batu Pahat

 

Minggu Ko-Kurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Walaupun sibuk dengan aktiviti dalam latihan namun PALAPES UTHM tetap mengambil bahagian di dalam sebarang aktiviti yang dirancang bersempena Minggu Ko-Kurikulm UTHM.

 


 

Last Updated on Thursday, 10 March 2011 14:01
 
RocketTheme Joomla Templates